Thursday, September 25, 2008

misz eliya shaka tags me.. (ada2 ja)

utk menjaga hati & perasaan misz lynda .. aku buat jg la tag ni.. (ntah apa2 ntah)

7 perubahan ketara aku sewaktu mengandung.... huhuhu (cerita mengandung lagi)

1. op kos la perut kan? makin hari makin membesar sehingga apabila diukur selasa lepas mencapai diameter 37cm bermula dari bawah buah dada sehingga ke vagina (ahh lebih kurang la, aku tgk nurse tu ukur mcm tu).. ukuran utk kandungan berusia 38 minggu.. aku akan bersalin x lama lagi nampaknya..

2. aku mula bertudung... memang dari mula kahwin & even sewaktu masih bcinta hubby asyik hint suruh pakai tudung, tp x blh paksa klau tiada kerelaan.. dan tiba2 sewaktu mengandung (aku x ingat brapa bulan) aku terbuka hati utk bertudung... dan sehingga ke hari ini aku masih belajar utk bertudung dengan fesyen yg berlainan ( org bertudung bkn kolot pun, blh ber fesyen jg apa) dan masih mengumpul tudung2 dari berbagai jenis fesyen jg.. dan aku juga mula mengumpul baju2 yg "sesuai" utk org yg bertudung bagi menjaga aurat (aiseh!!) baju lama aku semua kurang sesuai jg kiranya ( x semua )


3. Aku menjadi pemalas.. memang sblm aku dapatkan pengesahan doktor aku mengandung pun aku rasa aku jadi pemalas.. (waktu tu aku rasa aku mengandung la sdh, tp blm jmpa doktor lg utk pengesahan).. aku malas utk kemas katil, malas cuci baju..etc..etc..semua perkara2 yg patut di buat oleh isteri(mithali) aku malas buat.. huhuhuhu...tp aku kena buat jg kerja2 tu lmbat atau cepat sbb itu mmg tanggungjawab aku.. aku juga malas mandi dan berhias ke pejabat seperti selalu (b4 mengandung la)..huhuhu selekeh ja p keja, bedak muka pun x pakai kadang2, malas gila.. Org tua2 kata kalau pembawaan mcm ni mungkin baby lelaki, tp aku x kisah jantina yg penting aku selamat.. InsyAllah..


4. Aku x suka duduk rumah... ini lah paling best, aku jarang duduk rumah mcm dulu tgk tv, aku suka jalan2, window shoping, atau pergi mana2 pun.. Aku cepat boring kalau duduk rumah, walaupun di nasihatkan utk berehat di rumah aku lg suka pergi kerja.. lagi2 dekat waktu utk bersalin ni, hubby selalu suruh duduk ja rumah berehat..aku bosan la duduk rumah, baik aku pg kerja (blh chating dengan bebeh2 skype aku.. hakhakhak)
"B, aku tau ko sayang aku, aku sayang ko jg..muah muah..aku boring la duduk rumah"

5. Aku suka tgk barang2 kereta, aksesori kereta... Benda ni lah aku plg benci dulu, bagi aku buat palah berabis duit utk kereta yg sepatutnya berkhidmat utk kita tp sebaliknya kita pl berkhidmat mencantikkan kereta tersebut.. Sekarang sdh terbalik dah..aku pantang tgk kereta yg lawa skt, mesti aku perhati btl2 pastu aku tnya itu ini soklan dengan hubby..
i. "B, mana blh dpt bodykita mcm tu?"
ii. "B, brapa harga benda tu?"
iii. "B, lawa kan? kita blh buat mcm tu?"
etc...etc..etc...

6. Aku x suka bau hubby aku..huhuhu (ini bermula dari awal kandungan).. Dulu bkn main aku suka bau badan dia, yg paling best lps mandi dia pakai wangi..huhhh best,siap blh cium2 ketiak lg sebelum tidur.. Skrang, x suka x suka.. tidur kena tutup ketiak ok, jgn ada bau pun, mula dl sll tukar pewangi & deodoran utk mencari kesesuaian hidung ku.. MUNGKIN INI CUMA PEMBAWAAN SAJA..

7. Perubahan yg terakhir tiada kena mengena dengan mengandung pun tp aku mula ber'blog' sewaktu mengandung dan hampir 80% entry aku adalah cerita2 mengandung..huhuhu..
Aku berblog atas desakan bebeh2 skype tp aku suka jg.. byk benda blh belajar.. Aku perlu banyak belajar lg utk men'cantik'kan blog aku.. Nnt la, blm ada masa lg utk tukar layout, aku tgk bebeh lynda & bebeh bjade bukan main lagi dorang tukar itu ini..
Saya budak baru belajar..kalau salah tolong tunjukkan.. Kalau x cantik, tlg ajarkan..hehehe

Seterusnya apa aku perlu buat? men'tag' org juga? x apalah..sapa2 rasa mo di tag, sila tag diri sndiri... hhuhuhuhu

-end-

* Kemarin bebeh lynda ajar aku edit pic yg paling senang dlm sejarah.. melalui http://www.picnik.com/ ... blh la cuba sapa mo cuba.. (aku x pndai edit pic pakai adobe photoshop la) hasil pertama dari aku ialah aku telah mengeksperimen gmbar aku sndiri... tadaaaaa!!!!



-konon2 la bagus-

Saturday, September 20, 2008

~Bos BelanJa BuKa Puasa~

Bos belanja buka puasa di pizza hut..huhuhu...
Untuk pengetahuan..bos aku ni cina, hehehehe tapi baik hati jg mo belanja staff dia buka puasa, semua staff dia muslim oooo, even yg cawangan Sandakan..

habis makan sdh baru dpt ambil gmbar
Tanx Mr Kevin & Cyndy.. tahun depan belanja lg ok.. (bawalah kami buka puasa di hotel pl lps ni yerrrr)

Friday, September 19, 2008

aku pg meeting aku dpt gift

huhuhu..aku pg meeting ganti bos aku & aku dapat gift dari TM.. Mula2 namau pg sbb nda larat mo jalan, weiii org mgandung ni kena paksa pg meeting.. Tp nda palah, pg juga sbb bos nda dpt hadir...

Isi dalam dia ada 6 jenis kurma, lupa pl ambil pic kurma tu.. 1 Jenis ada 6 biji jadi semua ada 36 biji kurma.. tapi yg best box dia ni, menarik ka??

~Lagi cerita ibu mengandung~

19 Ramadhan sdh ni..wahhh maknanya nda lama lagi ni mo raya.. Puasa aku setakat ni 18 hari sdh, hehehehe... sapa ckp ibu mengandung nda blh puasa, dengan bangganya aku memberitahu yg aku puasa 18 hari sdh, nnt tahun depan ganti puasa sikit ja...huhuhuhu...
Setiap ari menanti ketibaan org baru ni.. kan dijangka 01/10/2008 - 1 Syawal.. Org ckp kalau 1st baby ni, mungkin awal dari yg dijangka oleh doktor.. Asal sakit perut ja mesti ingat mo beranak sdh, hahahaha... Husband pun naik boring dengar aku ckp aku mo beranak ni...

Dialog di tengah malam..
Sayang : B, sakit perut aku, mcm mo beranak (dengan nada panik)
B : Zzzzzz....
Selepas 1/2 jam
Sayang : B, tadi aku berak..sakit perut mo berak..hehehe
B : Zzzzz.... (masih jg )



Kaki bengkak

(Ini lah feveret sandal aku sewaktu mengandung)

My pink flat Vincci sandal



Tangan bengkak juga

Cincin pun pakai 1 ja, yg lain x muat sdh



Dan muka bengkak..hahahah

Double chin (hubby ckp)



Kaki, tangan & muka aku mula bengkak2 sdh.. Sebulan lps org asyik ckp aku mengandung bagus, tangan & kaki nda bengkak2.. ni lah kalau ditegur, skrang kan sdh bengkak... ihhhh....huhuhuhu... Nurse bagi nasihat klau tidur tu kaki letak tinggi sikit dari paras badan, letak bantal di kaki.. blh redakan bengkak kaki, sbb ini blh akibatkan darah tinggi, klau darah tinggi susah mo bersalin & bahaya utk ibu & anak...

Dialog sebelum tidur (tapi aku sdh baring2 di katil)
B : bestnya tidur kaki nda letak bantal (sambil letak bantal bawah kaki)
Sayang : Malas...
Zzz......
Esok pagi kaki bkn atas bantal, bantal sdh tendang bawah katil, kaki ntah kemana2...hahahaha...



Sekarang pg klinik review seminggu sekali sdh, mula2 tu sebulan sekali pastu 2 minggu sekali... Start kandungan dlm 7 bulan gitu, kena suruh kira tendangan/ pergerakan baby.. 9am-9pm..baby aku nda smpai pun 9pm sdh tendang melebihi 10 kali.. agak aktif jg(dan mengganggu ibu tau).. Masuk 8 bln lebih ni, tendangan makin kuat dan baby makin kerap mengeras..uhhhh klau baby mengeras sesak nafas skt & susah mo jalan, nurse ckp dia tengah adjust kepala dia baik punya dibawah rahim, utk keluar la tu.. Kalau mengeras, suruh ayah dia pegang2 mesti dia reda sikit, takut ayah eh?? hehehehe...

-Lagi cerita tentang bakal ibu-

Tuesday, September 9, 2008

CERITA IBU MENGANDUNG LAGI..




Dorin @ she, mengandung juga 8 bln..sama mcm aku ni, due lebih kurang ja.. dia 30/09/2008 aku 01/10/2008.. ntah sapa dulu kluar baby.. Tapi kami plan mo bersalin di SMC Likas.. hehehehe... silap2 sebelah2 katil ja pun..
Dulu sblm dia kena trasnfer kerja di pedalaman, hampir setiap hari kami chat (ym @ msn ) pasal kandungan ni, kongsi pengalaman, nasihat etc...
lps beberapa bln ni baru tadi dpt chat ngan dia lg, cerita tidak lain mengenai kandungan dan baby...hahahaha... cerita pasal kaki bengkak, perut besar, sakit belakang, lenguh, berat badan berlebihan, pemakanan, semuanya..
She.. marilah kita berjuang utk baby kita..

cerita ibu-ibu mengandung

09 Ramadhan, wahhhh 9 ari sdh puasa ni..tapi aku baru puasa 8 hari, hari ke-4 tu nda tahan betul kelaparan, sakit perut... Last2, jam 2pm aku pg bazaar Tjg Aru yg buka awal p cari makan dengan member lg sorang yg 'uzur' la jg... hehehe.. Budak ni mo mkn tp malu membeli, suruh aku pl belikan dia..
"ko beli dorang nda ckp apa, sbb dorang tau ko ngandung"
Balik ofis, mkn di belakang.. hahahaha... Makan karipap, popia, air jagung... bestnya...
Mula2 tu ingat nda mo puasa mengandung2 ni, takut nda tahan.. tapi berdasarkan cerita kwn2 yg ada pengalaman, dorang blh puasa apa time mengandung.. huh, aku pun blh jg.. Dannnn..aku puasa la jg sehingga ari ni..
Doakan aku blh puasa lagi sehingga 30 Ramadhan sebab aku dijangka bersalin pun 01 Syawal...
Sahur mkn banyak2... minum air banyak2..pastu tidur pun banyak2..
Kepada cinta hati ku..
B, layan diri arr awal pagi.. Solat sorang2, mandi sorang2, bersiap sorang2.. hehehe..
baik2 jalan pg kerja ok? Muah .. muah.. muah..
Petang ni jmpa lagi, kita p bazaar jmpa mak, nina & lovely pretty lia (dia nak jmpa uncle bob), tapau popia, keropok lekor & mee goreng... pastu kita berbuka sama2 ok..

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan Al-Mubarak

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.:

"Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Niat Puasa Ramadhan
Na-wai-tu-saw-ma-kha-din-an-ada-i- far-dhu-ra-ma-dhana- ha-dzi-his-sa-na-ti-lil-lahi-ta-a'la
“Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta‘ala.”
Selamat Berpuasa 1429H / 2008M

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...