Wednesday, December 31, 2008

KeNa Tag ~ FroM InTaN ~

Aku kena tag.. kena buat 16 list mengenai diri sendiri samada kisah terdahulu, terkini atau ter masa depan... Hehehehe... (aku nda pndai la tag ni)..
So, ini 16 list mengenai ku... (kenapa mesti 16, bkn 17, 18, 19)

1. Sebenarnya aku sdh buat list ni sehingga 10, tapi pc tetiba hang, tepaksa la aku buat semula... Susah payah aku fikir tau... Itu kejadian baru kejap tadi..

2. Aku secara rasminya menjadi ibu kepada NoeL Azamuddin Hadi pada 26 Sept 2008 jam 9.11 pagi bersamaan hari jumaat 26 Ramadhan 1429.. (Sepatutnya lahir pada 01 Syawal, kluar awal pl)

3. Secara sahnya menjadi isteri kepada NoeL Khairulniza Muhamad pada 07/07/07...

4. Aku selalu dtg lmbat pg kerja... pagi tadi aku dtg 8.43 pagi.. Punch kad merah..walaupun jarak opis aku dengan rumah cuma 10km...

5. Sangat suka fesyen remaja, sweet 17 ..masih perasan remaja lg la konon...

6. Sangat suka shoping kasut (high heel), baju, seluar jeans, tudung...

7. Tidak suka shoping handbag.. Dlm koleksi cuma ada 1 handbag dlm 1 masa.. Rosak baru beli baru lg..

8. Tidak suka memasak...Masakan sendiri tidak sedap tapi suka mkn masakan mak..mak masak sgt sedap..

9. Suka tgk wayang.. Dulu seminggu sekali tgk wayang..Sekarang ni sebulan blm tentu sekali pg tgk wayang..Oleh kerana rumah dah ada internet, so, download ja movie.. Blh tgk movie sambil nenenkan Azam..

10. Mula berjinak2 dlm dunia blog ni sejak Jun 2008.. Member yg rekemen buat.. Nnt mau tag dia jg..uhuhuhu

11. Suka mkn benda manis2... waktu mengandung pun nda suka mkn masam2 tapi suka mkn manis2 terutama cekelat..

12. (Sambil berfikir)... Sekarang tengah makan oat+milo+roti kering...

13. Mula bertudung sepenuh masa dlm tahun ini semasa aku mengandung Azam 5 bulan (agaknyelah)...atau 6 bulan (kot)..atau 7 bulan(mcm tak)..

14. Aku ada akaun friendster..(blh la add asmara_hati04@yahoo.com) tapi tiada akaun facebook & myspace.. Sekarang tengah menimbangkan utk buka akaun facebook (cam best ja)

15. Susunan perkara yg aku buat bila sampai opis.. on pc - sign in YM - buka friendster - buka susuibu.com - buka kosmo.com.my - baru buat keja....hehehehe bagus tak aku?

16. (Yg last pula susah mau fikir)... hmmm... aku suka mekap... alat mekap yg paling aku gemari adalah maskara.. dan lipstick..dan eyeliner...dan...brapa byk dan daaaaa.....

Aku men 'tag' kepada kawan2 aku yg telah membaca blog ini... Jgn cuba larikan diri..aku tau sapa yg dah baca (kononlah)...

Friday, December 26, 2008

Azam ~ 3 BuLaN ~

Hari ni genaplah Azam anak ibu 3 bulan.. 24/12 lepas patut pigi klinik kena jarum sdh, tapi terlambat, Vaksin sdh disimpan.. so, kena dtg balik jumat 26/12.. hari ni la tu..
Oleh kerana Azam x jadi jarum, bawa Azam pigi Permai Poliklinik sebab ruam di muka tu x baik2 lagi sejak sebulan lepas.. Doktor keling tu ckp, ni sbb ibunya makan x jaga.. jgn mkn byk seafood, ayam & telur... (Oh, kecewanya aku, terpaksa la kawal mkn lg) Nda palah utk anak ibu yg terchenta kan?? Azam kan???
Kemudian pigi Wisma Merdeka, Ayah mau cari kemeja putih..
Dialog sebelum kluar rumah

Ayah: Nda payah bawa stroller kan? Kejap ja cari baju
Ibu: Erm... ok

Dialog selepas keluar klinik

Ayah: Kita jalan kaki ja pigi Wisma, depan ni ja.. dekat..
Ibu: Tapi ibu nda larat dukung Azam la.. berat sdh ni (6.8kg).. Tadi kan ada dialog nda mau bawa stroller, padan muka Ayah.
Ayah: Nda palah, biar aku dukung..

Dengan selambanya kami menyeberangi jalan raya sebatang.. cari kemeja Ayah.. Dan Azam sdh start nangis2 mau tidur.. Dalam hati ibu "kalau bawa stroller tadi kan senang bagi tidur".. Azam pun nangis2 mau tidur, Ayah dengan kelam kabutnya memilih kemeja.. Bila mau bayar, panjangnya line... huhuhu kena tunggu lg.. Lepas bayar ja trs pg kereta..




Azam tertidur selepas letih menangis dlm dakapan Ibu..
Sian anak Ibu
Pemandangan Wisma Merdeka..
Comel tapi kesian.. nangis smpai letih, tidur jg dalam keadaan begini..
Moralnya disini...bawa lah baby stroller walaupun rasa mau jalan tu kejap ja, sbb kita nda tau anak mau tidur nnt mesti inginkan keselesaan..
Hari ini 26/12, Azam pigi klinik sekali lg utk jarum..

Wednesday, December 24, 2008

boring..

boring ari ni keja.. Tiada keja..cari keja pun tiada keja jg.. masuk keja, minum milo campur oat..makan mee goreng...mulakan sesi mengepam..belek2 friendster... ermmm nmpknya ramai org sdh kawin ni pl.. Tapi ari ni balik awal.. Azam ada temujanji di klinik, ari ni kena jarum lg anak ibu yg tersayang ni.. Huhuhu...
Oh rupanya ari ni ada temujanji lunch dengan member lama sekolah...

Monday, December 22, 2008

shoping bersama Azam (baca dgn nada doraemon)

Semalam gi shoping2, almaklum la sekarang kan tengah MEGA SALE gitu... Lagipun ayah dpt bonus. So, si ibu & anaknya si Azam telah membodek Ayah utk shoping..


Ayah urus Azam.. Mata ibu melilau sini sana tgk sale..sale..sale..


Hasilnya ibu telah merembat 2 psg kasut tanpa Ayah sedari menggunakan duit Ayah



Ini pula utk Azam.. sale juga...huhuhuhu..

Bila smpai rumah..belek2 barang shoping (termasuk brgan dapur dsb).. terhasil la dialog ini:

Ayah: Eh.. rupanya aku tiada beli apa2 barang kan?

Ibu: Tulah..tadi ckp mau beli tshirt kaler putih..Napa nda beli?

Ayah: ....... (dengan perasaan yg 'tut')

Ibu: .........(Senyum jer lah sambil angkut barang naik atas & berdoa Ayah tak marah..nnt blh shoping lg, mega sale lambat lg habis ni.. )






~Cherita Budak Opis~

minggu lepas 20/12/2008 ada buat party sikit..makan2 gitu, sempena kami berpindah ke opis baru (yg agak besar, 3x ganda lebih besar dari opis lama).. Bos pun kira2 buat la majlis makan2.. panggil kwn2 dia & kenalan lain utk 'menayangkan' opis barunya yg lawa itu... huk huk huk...






antara budak opis yg gets


sibuk ja...


Azam dengan nenek pun dtg mkn tau..

Byk lg gmbar2 hari tu... nnt upload lg dengan cherita waktu tu yg lebih menarik... huhuhuh.. Ada org kena marah..







Thursday, December 18, 2008

..:: streamyx combo ::..

10.36pm...wahhh gitu... aku online malam2 mcm ni, aku sdh ada internet line sendiri dirumah..aisehhhh... Streamyx combo (ingat nak ambil gmbar modem ku tp camera tak dok kabel pl daaa..)
Azam dah nenen..dah tidur..Ayah gi main futsal, Ibu pun mulakan misi membelek website forum2 susuibu.com... huhuhu aku blh belek sepuas hati dah sesuka hati tanpa ragu2 bos tetiba dtg..(kengkadang tgh best baca topik tpaksa close pl..cover..cover..)
Mari mari mari...kita belek puas2...lalala.. (tapi mataku agak mengantuk la pulakss)

Wednesday, December 17, 2008

Cuti cuti Raya...

seminggu ku bercuti sempena raya haji.. konon2 apply cuti tu mau balik beraya di kg husband..nun di kuala berang, Terengganu.. Tapi, apakan daya mertua ku telah meng'call' kami terlebih dulu mengatakan tak perlu balik la anak menantu cucu ku... disebabkan kampung kita banjir adanya...
huk huk huk..sib baik blm beli tiket tau abah..
Jadi bermula lah episod aku bercuti tu mengadakan seminar/kursus/pemulihan/etc(walau apa gelaran pun) utk Azam.. Budak ni kan tak mau direct susu badan sdh, pndai sdh pilih2 susu plastik..huhhhh....
Walaupun aku mencuba, kengkadang berjaya la jg tp kengkadang tidak berjaya... Sambil2 tu, di kesempatan bercuti2 ni kitorang pergi jalan2 (test stroller baru) ... Azam ni kategori bayi yg susah nak bawa jalan sbb dia klau mo tidur mesti mo berbuai (berayun), adoiiii sengsara btl la klau nangis jerit2  di kereta... Jadi selama 3 ari berturut2 kami bawa dia jalan naik kereta dan menikmati pemandangan shoping kompleks antaranya 1 Borneo & Centre Point..

tgk Azam dengan gembiranya..
Azam sdh pndai tidur tanpa buaian.. Tapi angkut sekali bantal2 dia...
Ini lah wajah Azam selepas bangun tidur dalam stroller nya... mata besar mcm mata ibu daaaa.....
kan dah cakap mata besar mcm mata ibu..
huhuhu Azam kena paksa tidur dlm kereta Ayah... blh pun tidur tanpa buaian..
lalala....tidur dlm stroller lg... Ibu shoping2 habiskan duit Ayah...
Nampaknya program kursus utk membiasakan Azam pndai tidur sendiri (kalau nak bawa jalan) telah agak berjaya.... Tapi program disiplin utk direct breast feeding Azam kureng berjaya... Ibu akan teruskan program tersebut.. Ohhh Azam, ibu mu ini berazam utk bagi Azam susu ibu sepenuhnya sehingga Azam 2 tahun...  Dan ibu sdh dpt 1 lg petua utk misi tersebut, bersediala anakku...

Friday, December 5, 2008

Cabaran baru...


Huk huk huk…(kumulakan blog dengan tangisan ala-ala manja)..masalah baru timbul la pula didalam cabaran aku utk bagi Azam fully BF(breastfeeding).. sudah 4 ari (termasuk kemarin tidak termasuk ari ni) Azam x mau direct BF, dia suka hisap dari botol susu.. Tapi still BM(breastmilk) no FM(formula milk)… yg menjadi masalah nnt ialah :



1.Pengeluaran susu dijangka akan berkurang disebabkan kurang permintaan iaitu kurangnya hisapan dari si Azam..



2.apabila kurang susu, Azam terpaksa ku beri FM yg mana sangatlah tidak ku suka, ohhh Azam.. itu adalah susu lembu, lembu adalah binatang… Pabila besar kelak, Azam akan berterima kasih pada ibu sebab x bagi Azam minum susu lembu tauuu…


Dengan itu, secara bersemangatnya aku telah meminta bantuan dari senior mom (susuibu.com) bagaimana mengatasi masalah ini.. Ramai yg membantu seperti mama-miya dan akak suraya..huhuhu.. tanx akak-akak sekalian.. Aku sebagai ibu Azam yg berazam utk meneruskan cabaran fully BF ini mengumumkan akan bercuti selama seminggu minggu hadapan..



p/s : Selepas ini Azam & ibu akan cuba CD pula, apakah CD itu..Tunggu......


Azam suka tidur pakai comforter

Thursday, November 27, 2008

Azam kena jarum...

Siannya anak ibu kena jarum..menjerit2, tapi kejap ja..Pastu diam, tapi selepas beberapa jam dah mula demam.. Mata pun kuyu jer, nak main pun lemah jer.. Ibu doakan Azam cepat sembuh...

Wednesday, November 26, 2008

26 Nov 2008- Hari ni genap lah Azam 2 bulan.. dan ini bermakna Azam ada temujanji dengan doktor utk dapatkan suntikan BCG dos ke-2 (agaknyalah, kad jadual suntikan tu tertinggal pl di kereta, x dpt rujuk)... Harap2 Azam x kuat nangis lepas kena jarum tu nanti.. Ingat lagi time dia kena tahan di wad sebab kuning... sehari 3x ambil sampel darah, kalau time kena ambil darah tu dia tidur mmg x nangis la... Nurse pun heran jg, kebal jg budak ni x nangis..
"Azam jgn nangisla yer hari ni.. "

MyHeritage: Family tree - Genealogy - Celeb - Collage - Morph

Tuesday, November 25, 2008

Ibu Azam mem'blog' utk kesekian kalinya....

Azam & Ibu
Bz...bz.... lepas cuti bersalin yg agak lama, kerja melambak2 la pula... blm ada masa utk memblog.. Tapi bila ada masa terluang ja terus buka website susuibu.com ... wahhh best pl forum sini, semua topik pasal ibu & bayi.. Rupa-rupanya masih ramai ibu2 di Malaysia ni yg bekerja dan masih ambil berat pasal susu yg akan diberikan pada anak2 dorang.. Semuanya satu tujuan iaitu utk memberikan anak2 mereka 100% susu ibu, tiada susu formula...huhuhuh... Siapa bakal-bakal ibu atau ibu-ibu yg ada hati mo bagi anak dia minum susu formula, bagus lah tgk website ni..
"Tiada yang Lebih Baik Baginya"
Huhuhuhu.. Azam tak nak susu lembu kan? Azam nak susu ibu jer... Ibu buat pilihan utk anak yg masih kecil, susu manusia atau susu lembu... mooooo...
Petikan artikel dari susuibu.com utk renungan...
"Jangan kau tahan hak Allah padaku"

Kenapa tak mahu menyusu anak sendiri? anak yang datang dari darah daging ibu dan ayahnya sepatutnya tidak ditahan haknya pada rezeki itu.Penahanan hak anak akan dituntut diakhirat kelak dan si ibu maupun bapa perlu menyediakan penjelasan yang membolehkan mereka berlepas diri dari mahkamah Allah yang Maha Adil.


Mari kita sama-sama menyemak apakah terdapat hadis-hadis yang menerangkan berupa siksa pada ibu yang enggan memberikan hak anaknya itu.Anak kecil yang tidak tahu memprotes langsung memberi kepercayaan pada si ibu tetapi bukan susu segar dari tubuh ibu yang diberikan malah daripada susu tepung dengan pelbagai formula yang diterima.


Anak itu terus meminumnya kerana disangkan itu adalah susu ibunya tapi hari ini anak tersebut sudah tidak berkata-kata lagi kerana ternyata susu tepung itu mengandungi racun yang membunuh manusia.


Oh..ibu..."jangan kau tahan Hak Allah padaku"


Susu ibu penyubur kesih sayang,cinta si anak sepanjang zaman.




Lilypie Breastfeeding Ticker

Monday, November 17, 2008

~~ I'm Back !!!~~

Huhuhuhu ... aku kembali bekerja... dan aku meng'update' blog aku lg... Tunggu...

p/s : watak utama - Azam

Thursday, September 25, 2008

misz eliya shaka tags me.. (ada2 ja)

utk menjaga hati & perasaan misz lynda .. aku buat jg la tag ni.. (ntah apa2 ntah)

7 perubahan ketara aku sewaktu mengandung.... huhuhu (cerita mengandung lagi)

1. op kos la perut kan? makin hari makin membesar sehingga apabila diukur selasa lepas mencapai diameter 37cm bermula dari bawah buah dada sehingga ke vagina (ahh lebih kurang la, aku tgk nurse tu ukur mcm tu).. ukuran utk kandungan berusia 38 minggu.. aku akan bersalin x lama lagi nampaknya..

2. aku mula bertudung... memang dari mula kahwin & even sewaktu masih bcinta hubby asyik hint suruh pakai tudung, tp x blh paksa klau tiada kerelaan.. dan tiba2 sewaktu mengandung (aku x ingat brapa bulan) aku terbuka hati utk bertudung... dan sehingga ke hari ini aku masih belajar utk bertudung dengan fesyen yg berlainan ( org bertudung bkn kolot pun, blh ber fesyen jg apa) dan masih mengumpul tudung2 dari berbagai jenis fesyen jg.. dan aku juga mula mengumpul baju2 yg "sesuai" utk org yg bertudung bagi menjaga aurat (aiseh!!) baju lama aku semua kurang sesuai jg kiranya ( x semua )


3. Aku menjadi pemalas.. memang sblm aku dapatkan pengesahan doktor aku mengandung pun aku rasa aku jadi pemalas.. (waktu tu aku rasa aku mengandung la sdh, tp blm jmpa doktor lg utk pengesahan).. aku malas utk kemas katil, malas cuci baju..etc..etc..semua perkara2 yg patut di buat oleh isteri(mithali) aku malas buat.. huhuhuhu...tp aku kena buat jg kerja2 tu lmbat atau cepat sbb itu mmg tanggungjawab aku.. aku juga malas mandi dan berhias ke pejabat seperti selalu (b4 mengandung la)..huhuhu selekeh ja p keja, bedak muka pun x pakai kadang2, malas gila.. Org tua2 kata kalau pembawaan mcm ni mungkin baby lelaki, tp aku x kisah jantina yg penting aku selamat.. InsyAllah..


4. Aku x suka duduk rumah... ini lah paling best, aku jarang duduk rumah mcm dulu tgk tv, aku suka jalan2, window shoping, atau pergi mana2 pun.. Aku cepat boring kalau duduk rumah, walaupun di nasihatkan utk berehat di rumah aku lg suka pergi kerja.. lagi2 dekat waktu utk bersalin ni, hubby selalu suruh duduk ja rumah berehat..aku bosan la duduk rumah, baik aku pg kerja (blh chating dengan bebeh2 skype aku.. hakhakhak)
"B, aku tau ko sayang aku, aku sayang ko jg..muah muah..aku boring la duduk rumah"

5. Aku suka tgk barang2 kereta, aksesori kereta... Benda ni lah aku plg benci dulu, bagi aku buat palah berabis duit utk kereta yg sepatutnya berkhidmat utk kita tp sebaliknya kita pl berkhidmat mencantikkan kereta tersebut.. Sekarang sdh terbalik dah..aku pantang tgk kereta yg lawa skt, mesti aku perhati btl2 pastu aku tnya itu ini soklan dengan hubby..
i. "B, mana blh dpt bodykita mcm tu?"
ii. "B, brapa harga benda tu?"
iii. "B, lawa kan? kita blh buat mcm tu?"
etc...etc..etc...

6. Aku x suka bau hubby aku..huhuhu (ini bermula dari awal kandungan).. Dulu bkn main aku suka bau badan dia, yg paling best lps mandi dia pakai wangi..huhhh best,siap blh cium2 ketiak lg sebelum tidur.. Skrang, x suka x suka.. tidur kena tutup ketiak ok, jgn ada bau pun, mula dl sll tukar pewangi & deodoran utk mencari kesesuaian hidung ku.. MUNGKIN INI CUMA PEMBAWAAN SAJA..

7. Perubahan yg terakhir tiada kena mengena dengan mengandung pun tp aku mula ber'blog' sewaktu mengandung dan hampir 80% entry aku adalah cerita2 mengandung..huhuhu..
Aku berblog atas desakan bebeh2 skype tp aku suka jg.. byk benda blh belajar.. Aku perlu banyak belajar lg utk men'cantik'kan blog aku.. Nnt la, blm ada masa lg utk tukar layout, aku tgk bebeh lynda & bebeh bjade bukan main lagi dorang tukar itu ini..
Saya budak baru belajar..kalau salah tolong tunjukkan.. Kalau x cantik, tlg ajarkan..hehehe

Seterusnya apa aku perlu buat? men'tag' org juga? x apalah..sapa2 rasa mo di tag, sila tag diri sndiri... hhuhuhuhu

-end-

* Kemarin bebeh lynda ajar aku edit pic yg paling senang dlm sejarah.. melalui http://www.picnik.com/ ... blh la cuba sapa mo cuba.. (aku x pndai edit pic pakai adobe photoshop la) hasil pertama dari aku ialah aku telah mengeksperimen gmbar aku sndiri... tadaaaaa!!!!



-konon2 la bagus-

Saturday, September 20, 2008

~Bos BelanJa BuKa Puasa~

Bos belanja buka puasa di pizza hut..huhuhu...
Untuk pengetahuan..bos aku ni cina, hehehehe tapi baik hati jg mo belanja staff dia buka puasa, semua staff dia muslim oooo, even yg cawangan Sandakan..

habis makan sdh baru dpt ambil gmbar
Tanx Mr Kevin & Cyndy.. tahun depan belanja lg ok.. (bawalah kami buka puasa di hotel pl lps ni yerrrr)

Friday, September 19, 2008

aku pg meeting aku dpt gift

huhuhu..aku pg meeting ganti bos aku & aku dapat gift dari TM.. Mula2 namau pg sbb nda larat mo jalan, weiii org mgandung ni kena paksa pg meeting.. Tp nda palah, pg juga sbb bos nda dpt hadir...

Isi dalam dia ada 6 jenis kurma, lupa pl ambil pic kurma tu.. 1 Jenis ada 6 biji jadi semua ada 36 biji kurma.. tapi yg best box dia ni, menarik ka??

~Lagi cerita ibu mengandung~

19 Ramadhan sdh ni..wahhh maknanya nda lama lagi ni mo raya.. Puasa aku setakat ni 18 hari sdh, hehehehe... sapa ckp ibu mengandung nda blh puasa, dengan bangganya aku memberitahu yg aku puasa 18 hari sdh, nnt tahun depan ganti puasa sikit ja...huhuhuhu...
Setiap ari menanti ketibaan org baru ni.. kan dijangka 01/10/2008 - 1 Syawal.. Org ckp kalau 1st baby ni, mungkin awal dari yg dijangka oleh doktor.. Asal sakit perut ja mesti ingat mo beranak sdh, hahahaha... Husband pun naik boring dengar aku ckp aku mo beranak ni...

Dialog di tengah malam..
Sayang : B, sakit perut aku, mcm mo beranak (dengan nada panik)
B : Zzzzzz....
Selepas 1/2 jam
Sayang : B, tadi aku berak..sakit perut mo berak..hehehe
B : Zzzzz.... (masih jg )



Kaki bengkak

(Ini lah feveret sandal aku sewaktu mengandung)

My pink flat Vincci sandal



Tangan bengkak juga

Cincin pun pakai 1 ja, yg lain x muat sdh



Dan muka bengkak..hahahah

Double chin (hubby ckp)



Kaki, tangan & muka aku mula bengkak2 sdh.. Sebulan lps org asyik ckp aku mengandung bagus, tangan & kaki nda bengkak2.. ni lah kalau ditegur, skrang kan sdh bengkak... ihhhh....huhuhuhu... Nurse bagi nasihat klau tidur tu kaki letak tinggi sikit dari paras badan, letak bantal di kaki.. blh redakan bengkak kaki, sbb ini blh akibatkan darah tinggi, klau darah tinggi susah mo bersalin & bahaya utk ibu & anak...

Dialog sebelum tidur (tapi aku sdh baring2 di katil)
B : bestnya tidur kaki nda letak bantal (sambil letak bantal bawah kaki)
Sayang : Malas...
Zzz......
Esok pagi kaki bkn atas bantal, bantal sdh tendang bawah katil, kaki ntah kemana2...hahahaha...



Sekarang pg klinik review seminggu sekali sdh, mula2 tu sebulan sekali pastu 2 minggu sekali... Start kandungan dlm 7 bulan gitu, kena suruh kira tendangan/ pergerakan baby.. 9am-9pm..baby aku nda smpai pun 9pm sdh tendang melebihi 10 kali.. agak aktif jg(dan mengganggu ibu tau).. Masuk 8 bln lebih ni, tendangan makin kuat dan baby makin kerap mengeras..uhhhh klau baby mengeras sesak nafas skt & susah mo jalan, nurse ckp dia tengah adjust kepala dia baik punya dibawah rahim, utk keluar la tu.. Kalau mengeras, suruh ayah dia pegang2 mesti dia reda sikit, takut ayah eh?? hehehehe...

-Lagi cerita tentang bakal ibu-

Tuesday, September 9, 2008

CERITA IBU MENGANDUNG LAGI..




Dorin @ she, mengandung juga 8 bln..sama mcm aku ni, due lebih kurang ja.. dia 30/09/2008 aku 01/10/2008.. ntah sapa dulu kluar baby.. Tapi kami plan mo bersalin di SMC Likas.. hehehehe... silap2 sebelah2 katil ja pun..
Dulu sblm dia kena trasnfer kerja di pedalaman, hampir setiap hari kami chat (ym @ msn ) pasal kandungan ni, kongsi pengalaman, nasihat etc...
lps beberapa bln ni baru tadi dpt chat ngan dia lg, cerita tidak lain mengenai kandungan dan baby...hahahaha... cerita pasal kaki bengkak, perut besar, sakit belakang, lenguh, berat badan berlebihan, pemakanan, semuanya..
She.. marilah kita berjuang utk baby kita..

cerita ibu-ibu mengandung

09 Ramadhan, wahhhh 9 ari sdh puasa ni..tapi aku baru puasa 8 hari, hari ke-4 tu nda tahan betul kelaparan, sakit perut... Last2, jam 2pm aku pg bazaar Tjg Aru yg buka awal p cari makan dengan member lg sorang yg 'uzur' la jg... hehehe.. Budak ni mo mkn tp malu membeli, suruh aku pl belikan dia..
"ko beli dorang nda ckp apa, sbb dorang tau ko ngandung"
Balik ofis, mkn di belakang.. hahahaha... Makan karipap, popia, air jagung... bestnya...
Mula2 tu ingat nda mo puasa mengandung2 ni, takut nda tahan.. tapi berdasarkan cerita kwn2 yg ada pengalaman, dorang blh puasa apa time mengandung.. huh, aku pun blh jg.. Dannnn..aku puasa la jg sehingga ari ni..
Doakan aku blh puasa lagi sehingga 30 Ramadhan sebab aku dijangka bersalin pun 01 Syawal...
Sahur mkn banyak2... minum air banyak2..pastu tidur pun banyak2..
Kepada cinta hati ku..
B, layan diri arr awal pagi.. Solat sorang2, mandi sorang2, bersiap sorang2.. hehehe..
baik2 jalan pg kerja ok? Muah .. muah.. muah..
Petang ni jmpa lagi, kita p bazaar jmpa mak, nina & lovely pretty lia (dia nak jmpa uncle bob), tapau popia, keropok lekor & mee goreng... pastu kita berbuka sama2 ok..

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan Al-Mubarak

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.:

"Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Niat Puasa Ramadhan
Na-wai-tu-saw-ma-kha-din-an-ada-i- far-dhu-ra-ma-dhana- ha-dzi-his-sa-na-ti-lil-lahi-ta-a'la
“Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta‘ala.”
Selamat Berpuasa 1429H / 2008M

Wednesday, August 27, 2008

i serve nuffnang ads.. xoxo

wah wah...rajin aku update blog.. ni semua kawan2 aku punya pasal suruh buat blog..
pastu suruh add ads - nuffnang
konon dpt duitla...weii aku dpt RM0.25 sdh ari ni..
start add ads - nuffnang pun 20/08/2008 ari tu, excited gila buat, hahaha
my frens xoxo... gila betul... huhuhuhu

p/s : rajin2 la korang lawat blog aku erk, pastu jgn lupa klik ads nuffnang tu... eheheh

Monday, August 25, 2008

~~ MondaY BlueS ~~

BORING!!!
Monday blues, boring btl buat keja, member skype pun semua x online, gila babeng btl dorang ni... Weii pg manalah kamurang ni?? Aku mo gosiping pun tda kawan ooo... Tp sempat jg aku mem blog ni konon, saja mo kasih naik rating la ni.. ehehehe.. Konon.... Nda pa kawan2 ku skype sekalian, aku blh teka korang pg mana...
MEL a.k.a LC --
Skrang di UMS, Institut Marin Borneo, tengah buat research pasal alga lah ntah apa2 ja ko buat ni Mel, petang ni ko balik kan? Esok ko masuk ofis, terus ko upload pic2 kita yg comel2(bagi aku la :p)... Boleh update dlm friendster (Lynda jgn jeles k..)
p/s : Mel kawan ko ni ketara tul dari ******* (nnt aku bgtau ko)
Noey --
Masih lg kerja audit luar la ni kan? ari tu pg Jabatan Pelancongan la... 2 mggu sdh ko tda ni noey, rindu ni sama ko mo 'chatingan' & 'gosipan'..hahahaha... "Noey napa ko nda join kami kemarin arr?? Ini lah ni kawan konon..
p/s : c Joan kemarin pkai dress lawa ooohh, nda mcm budak skoll...hahaha...
Lynda --
Ratu MC!!~~ ko nda online ni mesti ada 2 sebab:
1- Ko beli MC, pastu ko main mekap or main kawin2 d rumah kan? tda tamadun punya kerja..
2- Ko ada masuk kerja, tapiiii..... ko sengaja nda online sebab ko nda mo tgk pic kami kemarin kan?? hahahah..
Kejam nya aku... (icon denver)
Bjade --
Pagi tadi ada... pastu hilang smpai skrang.. (mooning) & (finger)...
AJ --
Ko cakap mo online :-(... tda pun...
Boring gila ari ni..... huahhhhh....

Ni ja pic sempat aku ambil kemarin..
Lokasi : Tandas awam Warisan Square
Bayaran : 50sen, hadiah tisu (kira paksa beli tisu)
**Perut aku jg la menonjol...
BORING

Thursday, August 21, 2008

Staring aku ni... star..star..

09/08/2008-Permai Polyclinics... masa utk scan baby..
Scan di private klinik sbb boleh pilih Female doktor & dorang mmg ada sorang pakar bab-bab scan ni.. Namau la scan di gov klinik, Male doktor (keling pl tu), nda blh pilih2 or tukar2... Geli la kena pegang perut dan kawasan sekitar (smpai ke kawasan 'tut' jg kengkadang)...

And the result..
ni bahagian kepala... sebelah tu hidung & mulut..
ni muka.. tgk mata dia buka & tutup
ini tulang belakang...
Banyak lagi gmbar2 dia ni.. kaki, tangan, kepala dari pemandangan sebelah atas ( mo dptkan view kepala kena scan hampir2 dengan 'tut' sbb kepala baby sdh ada di bawah, ready utk kluar )
Last sekali doktor tu cari ialah kemaluan dia, utk tentukan jantina.. yg ni pun susah jg , doktor tu blh ckp " Pndai la ni baby, tapuk dia punya pakai kaki" doktor cina :-)... smpaikan kena pusing2 baru nmpak..
Jantina dia? tunggu.... due 01/10/2008 (raya tu)...

Friday, June 20, 2008

..:: akhirnya ::..

akhirnya.....
ada jg blog....tp blm tau mau buat apa lg...
-end-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...